Assalamulaikum wahai pembaca budiman... Pemilik blog ini bernama Nor idayubadila a.k.a Cik Ayu lahir di Selatan Tanah Air masih bujang berumur 29 tahun, mendapat pendidikan rendah dan tinggi di Johor Bahru. Anak yang tengah daripada 9 adik beradik.
Tujuan berblog adalah hendak berkongsi cerita, impian serta angan-angan yang tidak sudah pada sesiapa yang berminat hendak membacanya serta bolehlah berkongsi sesama (tidak termasuk kongsi duit, boyfriend, tunang dan sekutu dengannya). Memang tidak menahu pasal hal blog tapi sesaja mencuba walaupun masa belajar @ waktu bekerja amat tidak suka mengarang cuma suka membaca sahaja jadi diharapkan berblog menjadikan pemilik tekun mereka-reka cerita atau merajinkan diri menghadap skrin serta memerah otak yang sedia beku dan karat untuk dicairkan.
Idea tercetus membina blog ini daripada adik sendiri yang minta membina blog untuk bisnis beliau tapi sehingga blog ini tercipta blog beliau tetap tidak terbina almaklumlah tiada upah (maaf sis..blogmu akan kucipta jugak..tungguuu). Kesimpulan yang dapat dirumuskan dengan pengenalan diri diatas adalah pemilik memang berharap blog ini untuk diterima rakyat jelata.Jikalau tersilap atau terlanjur menaip harap diperbetulkan dengan cara berhemah serta harap maklum pemilik insan biasa yang selalu tersilap catur hidup. Sekian, terima kasih atas masa yang diluangkan untuk membaca blog yang tidak seberapa ini.
Wassalam.....
No comments:
Post a Comment